Pelajar UniKL maut, ibu parah nahas dekat Sungai Petani - pakdin.my

nahas-sg-petani-grand-lavina--

SUNGAI PETANI  – Seorang terbunuh dan empat lagi cedera parah apabila kereta Nissan Grand Livina yang dinaiki merempuh bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 107.2, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Taman Sejati di sini hari ini.

Mangsa yang maut di tempat kejadian merupakan penumpang belakang se­belah kiri kenderaan tersebut iaitu Muhammad Asyran Mohd. Najib, 24, dari Taman Sagumpas 2, Bandar Baharu, Temerloh, Pahang.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 9.30 pagi itu, Mohd. Fauzan Mohamad Zaini, 24, dan Mohamad Zaini Zainol Abidin, 56, cedera parah, manakala, Norizah Ismail, 55, dan Naufal Mohamad Zaini, 18, cedera ringan.

Anggota bomba dan penyelamat dari Sungai Petani mengambil masa hampir sejam bagi mengeluarkan semua mangsa sebelum dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

Kemalangan itu berlaku apabila kereta dipandu oleh Mohd. Fauzan yang merupakan penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL) merempuh belakang lori tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Mahsuri, Jitra.

Ketika kejadian, MPV dinaiki mangsa bersama ibu dan bapanya, selain dua rakan dipercayai cuba memotong treler di hadapan, namun gagal kerana terdapat kenderaan lain yang datang dari arah belakang sebelum tergesa-gesa memasuki semula laluan asal.

Jurucakap polis berkata, ketika cuba memasuki laluan asal itu, MPV terbabit merempuh bahagian belakang treler sebelum terperosok ke bawahnya, lalu tersekat pada badan kenderaan berat berkenaan dan diseret sejauh 30 meter.

nahas-sg-petani-grand-lavina (1)

Dalam pada itu, adik kepada Norizah, Nordin Ismail, 55, ketika ditemui berkata, dia terkejut apabila mengetahui kakaknya terlibat dalam kemalangan maut tersebut.

“Saya sempat berbual de­ngannya dan nampak keadaannya tidak begitu membimbangkan.

“Bagaimanapun saya begitu sedih sekali apabila mengetahui, Muhammad Asyran yang bekerja di syarikat One Health Care di Kuala Lumpur terbunuh semasa dalam perjalanan ke rumah rakannya, Mohd. Fauzan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, siasatan lanjut untuk mengetahui punca kemalangan sedang dija­lankan buat masa ini.

 nahas-sg-petani-grand-lavina (4)

UTAMABERITAPelajar UniKL maut, ibu parah nahas dekat Sungai Petani

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium