Pelajar Wanita UiTM Kampus Alor Gajah Parah Ditikam - pakdin.my

Siti Irina Ridzwan, 20 tahun, mengalami kecederaan akibat ditikam lima kali kini dalam keadaan stabil
Siti Irina Ridzwan, 20 tahun, mengalami kecederaan akibat ditikam lima kali kini dalam keadaan stabil
Seorang pelajar wanita Universiti Teknologi Mara, UiTM, Kampus Alor Gajah, Melaka cedera parah selepas ditikam sebanyak enam kali oleh seorang lelaki dalam satu kejadian rompakan semalam.
Mangsa Siti Irina Ridzwan, 20 tahun, mengalami kecederaan akibat ditikam lima kali di dada dan sekali di tangan dengan senjata dipercayai menggunakan pisau.
Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, DSP Abdul Rahman Jid berkata, mangsa Siti Irina Ridzwan diserang di pangsapuri yang didiaminya dengan 4 lagi rakan.

Ketika kejadian, mangsa sedang tidur di sebuah bilik.

Dia didatangi seorang lelaki yang bertindak menekan dadanya dan meminta untuk berdiam.

Bagaimanapun, ketika cuba melawan, mangsa ditikam lima kali di bahagian dada dan sekali di bahagian tangan.

Suspek kemudian melarikan diri dengan terjun dari balkoni tingkat satu pangsapuri ini bersama dua kunci kereta serta tiga beg duit milik mangsa dan rakannya.

Sejurus kejadian, rakan serumah Siti Irina, Maizura Zainal Abidin, 20, yang tidur di bilik berasingan dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu bilik dengan kuat sebelum melihat mangsa berlumuran darah.

pelajar-wanita-uitm-ditikam

“Dalam keadaan lemah, dia memberitahu ada seseorang menceroboh masuk ke dalam bilik tidurnya dan sempat menumbuk muka lelaki itu hingga berlaku pergelutan.

“Dalam pergelutan itu, dia ditikam beberapa kali menggunakan senjata tajam,” kata Maizura ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Mangsa kini berada di Hospital Melaka dan dilaporkan stabil.

Polis kini menahan dua lelaki dipercayai rakan suspek yang turut tinggal di blok sama bagi membantu siasatan.

Polis turut menjumpai dua kunci kereta dipercayai hasil rompakan selain parang dan kerambit.

UTAMABERITAPelajar Wanita UiTM Kampus Alor Gajah Parah Ditikam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium