Zarina Anjoilie Mohammad Fahizul Mengaku Tidak Bersalah Memiliki Dadah

Zarina Anjoulie Mohamad FahizuPelakon drama, Zarina Anjoilie Mohammad Fahizul dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan memiliki dadah, 30 Disember lalu.

Turut dihadapkan ke mahkamah, ialah teman lelakinya, Mohammad Fakhruzaim Mohammed Fauzi.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.

Pasangan itu didakwa memiliki dadah jenis Eramin 5 di sebuah kondominium di Damansara Damai.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda 100 ribu ringgit.

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua mereka dibebaskan dengan ikat jamin dua ribu ringgit setiap seorang.

Kes akan disebut semula 8 Februari depan.

Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
Notify of