Pelawak Pie masih hidup, masuk hospital sejak semalam

pak-pie-viral-meninggal

Desas desus yang mengatakan pelakon dan pelawak komedi tanah air Shafiee Jaafar meninggal dunia adalah tidak benar kerana dia masih hidup, cuma dirawat di Hospital Kepala Batas (HKB) di sini, semalam.

Shafiee atau lebih mesra dipanggil Uncle Pie, 84, dimasukkan ke HKB jam 2 pagi Khamis, selepas mengadu mengalami kesejukan yang melampau menyebabkan seluruh badan menggigil.

Pie berkata, dia benar-benar kecewa dan sedih kerana masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah dan tidak mengerti apakah tujuan dan matlamat berita itu disebarkan.

Katanya, dia masih lagi dirawat dan mendapat pengawasan pihak doktor kerana dimaklumkan bahawa paru-parunya dijangkiti kuman.

“Tolong hentikan semua ini kerana umur saya masih panjang dan teruslah berdoa yang baik-baik bukannya dengan cara begini,” katanya ketika ditemui di Hospital Kepala Batas, pagi ini.

Leave a Reply