Peletakan Jawatan Tanpa Sebab, Cetuskan Spekulasi Anwar jadi MB - pakdin.my

RAFIZI…ada laman dan blog yang melabel beliau “poyo”

Peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) tanpa alasan pada petang Isnin kembali mencetuskan semula spekulasi bahawa tindakan itu dibuat bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Chin Cheh dipercayai mengundurkan diri sebagai Adun supaya penasihat PKR itu dapat bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor – sekaligus membuka laluan kepadanya dilantik sebagai menteri besar yang baharu jika memenangi proses pilihan raya kecil tersebut.

Pagi ini, The Star Online dan mStar Online melaporkan dengan memetik sumber dalaman PKR sebagai berkata, Anwar akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor bagi meredakan isu pertembungan dengan Adun Gombak, Mohamed Azmin Ali.

Pertembungan Mohamed Azmin-Abdul Khalid ‘panas’ apabila timbalan presiden PKR itu digugurkan sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Anwar bagaimanapun menafikan spekulasi itu dengan berkata, dia tidak menemui Abdul Khalid untuk membincangkan mengenai pertukaran jawatan menteri besar sebaliknya hanya pertemuan untuk membincangkan agenda parti sahaja.

Bagaimanapun, sidang media tergempar yang dipanggil oleh Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh lewat petang Isnin kembali mencetuskan spekulasi itu dan menjadikan ia satu ‘laluan’ untuk Anwar menjadi menteri besar.

Hannah dalam sidang media itu enggan ‘membuka mulut’ mengenai punca peletakan jawatan Chin Cheh walaupun diasak bertubi-tubi oleh pemberita.

Sebaliknya beliau meminta soalan itu diajukan kepada tuan yang punya badan sendiri.

Malangnya, sebarang usaha untuk menghubungi Chin Cheh gagal.

Menurut Hannah, tugas dan tanggungjawabnya hanyalah untuk memaklumkan peletakan jawatan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pagi Selasa bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil diadakan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu kerusi DUN Kajang menyaksikan pertembungan lima penjuru melibatkan Lee Ban Seng calon Barisan Nasional (BN-MCA), Mohd Khalid Kassim (bebas), Mohamad Ismail (Berjasa), Ong Yan Foo (bebas), Ir Mohd Iwan Jefry Abdul Majid (bebas) dan Lee Chin Cheh sendiri daripada PKR.

Chin Cheh memenangi kerusi itu selepas mendapat 19,571 undi meninggalkan calon BN dengan majoriti 6,824 undi.

Tiga lagi calon bebas dan Berjasa pula hilang deposit selepas gagal mendapat sokongan daripada pengundi.

Berikut merupakan keputusan DUN Kajang (N.25).

1.LEE BAN SENG (BN)12,747 undi

2.MOHD KHALID KASSIM (BEBAS)83 undi

3.MOHAMAD BIN ISMAIL (BERJASA)1,014 undi

4.ONG YAN FOO (BEBAS)85 undi

5.IR MOHD IWAN JEFRY ABDUL MAJID(BEBAS) 249 undi

6.LEE CHIN CHEH (PKR)19,571 undi – menang

UTAMAPOLITIKPeletakan Jawatan Tanpa Sebab, Cetuskan Spekulasi Anwar jadi MB

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium