Peluang BN Rampas Kelantan Cerah Jika Sokongan Kpd KAFA Diterjemah Kpd Sokongan Politik - pakdin.my

red-warriersKUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampas kembali Kelantan daripada PAS jika sokongan rakyat negeri itu kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dapat diterjemahkan kepada sokongan kepada parti itu.

Geo-Strategist dan Pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia Azmi Hassan berkata anologi menggunakan bola sepak mungkin dipandang remeh sebilangan orang, tetapi ia membawa maksud tersirat penduduk Kelantan sebenarnya inginkan perubahan dan kemajuan.

Katanya Kafa membawa banyak perubahan dalam arena bola sepak Kelantan dan setiap perubahan itu mendapat sokongan seratus peratus daripada rakyat.

“Sudah pasti mereka juga inginkan perubahan dan kemajuan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjanji untuk membawa perubahan di negeri itu,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menjadi panel forum ‘Menjengah Kembali Timur Tengah: Implikasi Geo-Strategik, Cabaran Transformasi Demokrasi dan Potensi Pembangunan Ekonomi (Dalam Kes Mesir)’ di sini, Khamis.

UTAMABERITAPeluang BN Rampas Kelantan Cerah Jika Sokongan Kpd KAFA Diterjemah Kpd Sokongan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium