Pemandu lori nyaris maut nahas di Slim River (video) - pakdin.my

Pemandu lori nyaris maut nahas di Slim RiverTANJUNG MALIM: Seorang pemandu lori nyaris maut apabila kenderaan yang dipandunya tiba-tiba terbakar selepas merempuh sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 368.4 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan berhampiran Slim River, dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi, lori yang membawa muatan simen dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan lalu merempuh lori di hadapannya.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nanyan ketika dihubungi berkata kemalangan membabitkan empat kenderaan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga lebih lima kilometer.

“Akibat pelanggaran itu lori yang dipandu mangsa mengalami kerosakan menyebabkannya terbakar.

“Sebuah kereta honda accord yang membrek dari melanggar lori yang terbakar mengakibatkannya dilanggar dari belakang oleh kereta Proton Wira,” katanya.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Katanya, kedua-dua pemandu kereta sudah membuat laporan kemalangan dan kedua-dua pemandu lori masih gagal dikesan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan raya 1987.

Pemandu lori nyaris maut nahas di Slim River-2

 

UTAMABERITAPemandu lori nyaris maut nahas di Slim River (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium