Pembangkang Selangor Persoal Bajet Berimbang @Khalid_Ibrahim @satimdiman - pakdin.my

Satim Diman

Pembangkang di Selangor mempersoal belanjawan berimbang yang dibentang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam sedangkan kerajaan negeri sebelum ini sering memerlukan peruntukan tambahan.

Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman berkata walaupun kerajaan Selangor membentangkan belanjawan berimbang berjumlah RM1.63 bilion untuk 2013 tetapi beliau sangsi ia dapat dipertahan tanpa memerlukan peruntukan tambahan.

Berdasarkan pengalaman sejak tahun 2009, bajet yang dikemukakan kerajaan negeri gagal mencapai sasaran berimbang seperti yang digembar-gemburkan, kata Mohamad Satim (BN-Sri Serdang) semasa perbahasan Belanjawan 2013 di Dewan Undangan Negeri Selangor Selasa.

Beliau berkata pada tahun 2009 belanjawan Selangor memerlukan tambahan RM120 juta menyebabkan peruntukan belanjawan tahun itu meningkat daripada RM1.4 bilion semasa dibentangkan kepada RM1.52 bilion.

Bahkan belanjawan pada tahun lepas yang pada asalnya dibentangkan pada RM1.43 bilion terpaksa ditambah berjumlah RM199.98 juta yang dimohon sebanyak tiga kali, menyebabkan belanjawan pada tahun itu meningkat kepada RM1.63 bilion, katanya.

UTAMAPOLITIKPembangkang Selangor Persoal Bajet Berimbang @Khalid_Ibrahim @satimdiman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium