Pembangkang Selangor tidak akan jumpa Sultan nyata sokongan pada Azmin

Mat-Nadzari-Ahmad-Dahlan

Pembangkang negeri Selangor tidak akan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berikutan krisis PR yang berlaku.

ADUN Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahalan berkata cadangan tersebut adalah unjuran yang tidak munasabah, malah dikatakan tidak akan membuat tindakan tersebut hanya kerana ingin memulihkan kedudukan Azmin daripada segala ‘kekotoran’ yang dibuat PR.

“Apa perlu kami jumpa nyatakan sokongan, mereka yang buat masalah, mereka yang bertelagah, mereka yang menyusahkan kita, hari ini nak suruh kita hadap sultan? Tak payah, satu anjuran yang tak munasabah,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my.

Cadangan tersebut dibuat oleh Ketua Kluster Tadbir urus, Undang-Undang dan Pentadbiran Awam Majlis Professor Negara, Professor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood.

Namun jelas Nadzari, terpulang kepada PAS dan DAP sekiranya ingin berjumpa dengan Sultan bagi menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar itu.

“Kalau adun DAP dan PKR nak jumpa, itu mereka punya masalah, selama hari ini, kita sebuah pakatan Pembangkang yang perjuangkan hak rakyat, tak alpa dengan perkara tu, tapi adun-adun BN tidak akan berjumpa dengan Sultan untuk campur tangan menyatakan sokongan terhadap Azmin,” katanya lagi.

Begitu juga dengan Shahrum Mohd Sharif, beliau yang merupakan ADUN Dengkil itu berkata beliau tidak akan sesekali bertemu dengan Sultan Selangor untuk menyatakan sokongan terhadap Azmin.

adun dengkil

Katanya, masalah dalaman PR yang semakin kritikal sejak ‘Langkah Kajang’ itu perlu diselesaikan oleh Azmin sendiri selaku Menteri Besar, bukan mengheret sama individu yang tidak berkaitan dalam permasalahan tersebut.

“Daripada Langkah Kajang, pertukaran Menteri Besar, akhirnya mereka bercakar sesama sendiri, kenapa nak heret kita sama sekali perlu jumpa Sultan pula? Itu tak betul.

“Jadi, kita minta rakyat nilai sendiri dengan apa yang dah berlaku,” tambahnya.

Bagi ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi, beliau turut berkata tiada keperluan untuk semua ADUN bertemu dengan Sultan Selangor bagi menyatakan sokongan.

Sebaliknya jelas Budiman, hal dalaman PR perlu diselesaikan sesama sendiri dan Azmin diberi amaran supaya tidak terlalu berpolitik dalam mentadbir negeri Selangor yang akhirnya akan merugikan rakyat.

adun sungai panjang“Masalah ni masalah PR, tapi dalam keadaan ini sepanjang tempoh setahun, Azmin tak banyak selesaikan apa-apa masalah, isu air tak selesai, KIDEX dibatalkan, dan dia lebih kepada pendekatan yang populis dari menyelsaikan masalah rakyat.

“Dia kena ingat, jangan berpolitik sepanjang kepimpinan dia, sekarang dicuba pula berpolitik di peringkat DUN, ini yang kita tak mahu dan kita tak akan berjumpa dengan Sultan untuk nyatakan sokongan.

Leave a Reply