Pembunuh Nurul Nadirah Abdullah (Dirang) Dihukum Gantung – Video - pakdin.my

dirang-dibunuh

Lebih setahun kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah, dibunuh dan dibakar.

Hari ini Mahkamah Tinggi Johor Bahru, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang buruh, Muidin Maidin.

Kehilangan Nurul Nadirah atau dikenali sebagai Dirang tahun lalu, menggemparkan seluruh negara, setelah mayatnya di temui rentung di dalam satu lubang di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai, pada 8 Mac 2012.

Muidin, 26 tahun, didapati bersalah membunuh mangsa di ladang kelapa sawit Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam Johor Bahru, antara 1 Mac dan 2 Mac tahun 2012.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman berkata, tertuduh adalah penjenayah paling kejam, tidak berperikemanusiaan dan tidak berhati perut.

Menurutnya tertuduh amat berbahaya, jika dibiarkan berada dalam kelompok masyarakat.

Dalam kes itu, melalui keterangan saintifik, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan terdapat profil DNA milik tertuduh di kemaluan dan dubur mangsa.

Hakim turut menegur ibu-bapa yang membiarkan kanak-kanak seusia Dirang keluar berseorangan.

Muidin yang pada awalnya menitiskan airmata selepas dijatuhi hukuman, kemudian bertindak agresif terhadap petugas media, ketika dibawa keluar dari mahkamah.

 

UTAMABERITAPembunuh Nurul Nadirah Abdullah (Dirang) Dihukum Gantung - Video

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium