#PemilihanUMNO: Bubarkan UMNO tiada dalam kamus politik saya – Zahid - pakdin.my

#DSZH4PresidenUMNO

SEREMBAN — Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak akan membenarkan sama sekali untuk UMNO dibubarkan apatah lagi sekiranya untuk menguatkan pihak lain.

Jelas beliau, perkara sebegitu tidak ada dalam kamus politik dirinya.

“Langkah mayat ahli UMNO dulu kalau mahu UMNO sertai mereka. Saya tidak akan mengguris hati orang UMNO.

“Rumah kita sudah terbakar… biarpun tiang rumah kita tinggal 54, saya tidak akan biarkan tiang ini dicabut baik dari dalam ataupun luar,” ujar beliau dalam program sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan pengenalan calon pemilihan parti di Sendayan, Negeri Sembilan.

Tambah Zahid, walaupun kini UMNO jatuh tetapi ia masih di dalam gelanggang maka UMNO harus terus bangkit menuju ke hadapan.

“UMNO belum kalah… marilah Wanita… Pemuda.. Puteri… kita hidupkan semula semangat UMNO.

“UMNO boleh bangkit.. UMNO boleh bangun semula dengan syarat kita bersatu sepenuh hati.

“Sekiranya saya terpilih sebagai pemimpin, saya akan bawa Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) dan KJ (Khairy Jamaluddin) masuk untuk bersama-sama bangunkan UMNO,” ujar beliau lagi.

https://pakdin.my/tag/pemilihan-umno

UTAMAPOLITIK#PemilihanUMNO: Bubarkan UMNO tiada dalam kamus politik saya - Zahid

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium