Pemuda hina Islam di laman Facebook ditahan - pakdin.my

Seorang pemuda berusia 25 tahun ditahan di rumahnya di Klang Jaya di sini pagi ini bagi membantu siasatan kes menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusuf berkata, suspek ditahan pukul 11 pagi ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, suspek datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah tengah malam tadi untuk membuat laporan polis menafikan dia menulis kata-kata penghinaan dalam laman sosial itu.

“Suspek mendakwa komputer ribanya pernah hilang sebelum ini,” kata Mohamad yang turut mengesahkan polis menerima laporan daripada jiran suspek mengenai kejadian pecah rumah dan rusuhan di rumah pemuda itu pukul 10.30 malam tadi.

UTAMABERITAPemuda hina Islam di laman Facebook ditahan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium