Pemuda MIC Akan Lancar ‘Ops Jelas’ Untuk Jawab Tuduhan Pembangkang @PemudaMIC - pakdin.my

Pemuda MIC akan mengadakan ‘Ops Jelas’ di seluruh negara bagi menerangkan kepada masyarakat India, terutama golongan muda mengenai pelbagai isu semasa.

Bendahari Pemuda yang juga Ketua Pemuda MIC Pulau Pinang J. Dhina berkata pihaknya percaya pendekatan itu mampu menarik sokongan lebih ramai keturunan India terhadap Barisan Nasional(BN).

“Menerusi Ops Jelas, jentera Pemuda MIC akan turun padang dan berjumpa dengan kelompok-kelompok kecil terutama akar umbi untuk memberi penjelasan berhubung isu-isu semasa.

“Selain itu, jentera kita juga akan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan pembangkang agar rakyat tahu siapa sebenarnya mereka,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Katanya Ops Jelas itu akan dilancar Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel pada Ahad di Kuala Lumpur dan akan berjalan sehingga pilihan raya umum ke-13.

UTAMAPOLITIKPemuda MIC Akan Lancar 'Ops Jelas' Untuk Jawab Tuduhan Pembangkang @PemudaMIC

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium