Pencarian Bangkai Pesawat #MH370 Ibarat ‘Mimpi Ngeri’ – Pakar Akademik - pakdin.my

Salah satu pesawat mencari dan menyelamat milik Tentera Australia. Dunia kini sedang mengejar masa untuk mendapatkan semula kotak hitam pesawat MH370 yang terhempas di selatan Lautan Hindi.
Salah satu pesawat mencari dan menyelamat milik Tentera Australia. Dunia kini sedang mengejar masa untuk mendapatkan semula kotak hitam pesawat MH370 yang terhempas di selatan Lautan Hindi.

Pencarian bangkai pesawat MH370 di Lautan Hindi disifatkan sebagai ‘mimpi ngeri’ bagi mana-mana operasi menyelamat.

Pakar Ukur Hidrografi dan Pemetaan Dasar Laut Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Mohd Razali Mahmud berkata, rantau itu bukan sahaja terpencil, tetapi juga mempunyai ombak yang besar dengan angin kuat.

“Ada ombak besar setinggi sehingga lima meter, dan ini akan menjadi cabaran besar buat mana-mana operasi pencarian,” kata Dr Mohd, yang merupakan pensyarah Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah UTM pada Selasa.

Beliau menambah, malah dengan kapal-kapal komersial juga mengelakkan daripada menggunakan laluan itu berikutan cabaran dan bahayanya.

Dr Mohd berkata, perkara paling penting yang perlu dilakukan sekarang adalah mengecilkan kawasan pencarian bagi menjejaki bangkai pesawat atau kotak hitam, yang menjadi kunci bagi merungkai misteri kehilangan MH370.

Beliau menambah, adalah penting bagi kapal misi mencari dilengkapi dengan sistem sonar pelbagai pancar bagi mengesan dasar baru dalam menjejaki bangkai pesawat.

“Saya hanya berharap pesawat itu terdampar di kawasan yang rata kerana operasi mencari akan menjadi rumit sekiranya ia (bangkai pesawat) berada di kawasan cerun atau berbukit,” katanya, sambil menambah bahawa topografi mengenai lautan adalah menyamai bagaimana kedudukan tanahnya dari segi cerun dan bukit.

 

UTAMABERITAPencarian Bangkai Pesawat #MH370 Ibarat 'Mimpi Ngeri' - Pakar Akademik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium