Penduduk Cemas Belukar Ukay Pedana Terbakar (video) - pakdin.my

Api dipercayai berpunca daripada pembakaran mercun.

kebakaran-ukay-perdana2

Di Ampang, Selangor, penduduk di sekitar Ukay Perdana cemas apabila belukar seluas kira-kira empat hektar berhampiran kawasan perumahan mereka tiba-tiba terbakar.

Kebakaran disedari oleh penduduk kira-kira jam 9 malam tadi.

Pasukan bomba dan penyelamat sempat mengawal api daripada merebak ke kawasan perumahan.

Perumahan terletak kira-kira 200 meter dari kawasan kebakaran.

Api dipercayai berpunca daripada pembakaran mercun.

Timbalan Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Sani Harul berkata, seramai 20 pegawai serta anggota daripada tiga balai iaitu Pandan, Ampang dan Wangsa Maju terbabit dalam operasi memadam.

Pemantauan masih dilakukan sehingga awal pagi tadi bagi memastikan kebakaran tidak berulang.

 

UTAMABERITAPenduduk Cemas Belukar Ukay Pedana Terbakar (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium