Penemuan Mayat Kanak-Kanak: Pasangan Kekasih Disambung Reman 7 Hari - pakdin.my

mayat-kanak2-Kampung Tongkang

Sepasang kekasih disambung reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, yang dipercayai dibunuh dan dibuang dalam semak berhampiran ladang sawit di Kampung Tongkang, Permatang Tinggi di sini, Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Supt Baharom Abu berkata wanita berusia 30 tahun, yang juga ibu kepada kanak-kanak berkenaan dan teman lelakinya, 24, ditahan sejak 30 September lepas dan tamat reman pada Selasa.

“Polis memohon untuk menyambung reman pasangan kekasih berkenaan dan mahkamah membenarkan mereka direman sehingga 13 Oktober ini bagi membolehkan kami melengkapkan siasatan kes berkenaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan penahanan mereka diharap dapat membantu siasatan kami,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Selasa.

Katanya polis telah merekodkan keterangan daripada beberapa anggota keluarga dan kenalan pasangan kekasih berkenaan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Mayat kanak-kanak itu ditemui kira-kira 12 tengah hari Isnin lepas oleh sepasukan polis selepas hasil siasatan terhadap ibu kanak-kanak itu, yang melaporkan kehilangan anaknya semasa bersiar-siar di Padang Kota, George Town Selasa lepas.

Wanita itu ditahan setelah memberikan keterangan bercanggah dan mencurigakan.

UTAMABERITAPenemuan Mayat Kanak-Kanak: Pasangan Kekasih Disambung Reman 7 Hari

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium