Penerbangan Pulang Jemaah Haji Bermula Sabtu Ini - pakdin.my

20160914-jemaah-haji-pulang-jpg

MAKKAH: Penerbangan pertama yang membawa pulang jemaah haji Malaysia adalah pada Sabtu ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata mereka terdiri daripada 450 jemaah haji melalui penerbangan KT02.

“Semua jemaah haji pertama itu akan berlepas melalui penerbangan Saudi Arabia SV5644.

“Mereka akan berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah ke Kuala Lumpur pada 10 malam waktu tempatan (3 pagi, Ahad waktu Malaysia),” katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Seramai 22,320 jemaah haji negara menunaikan haji pada musim haji kali ini.

Kesemua mereka tiba di tanah suci mulai 4 Ogos lalu membabitkan keseluruhan KT47.

Ketika ini para jemaah berada di Mina untuk melakukan lontaran di Jamrat.

UTAMABERITAPenerbangan Pulang Jemaah Haji Bermula Sabtu Ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium