Pengakuan Justo Tunjuk Usaha Terperinci Guling Kerajaan – Zahid - pakdin.my

jatuh-najib-nurul-izzah-justo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengakuan bertulis yang dibuat atas kerelaan sendiri bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Justo Andre, menunjukkan terdapat ‘usaha-usaha secara terperinci’ untuk menggulingkan kerajaan.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh membuka kertas siasatan terhadap individu yang dinamakan oleh Justo dalam pengakuan bertulisnya.

“PDRM mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa Thailand bagi melakukan tindakan-tindakan selanjutnya terutama dalam membuka kertas siasatan sebelum ia diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk proses pendakwaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat di sini, Selasa.

Ahmad Zahid berkata semua dokumen yang menjadi sumber berita yang disiarkan dalam akhbar (The New Straits Times) adalah dokumen yang diperoleh daripada pihak berkuasa Thailand di mana butir dan bahan dicatatkan dalam pengakuan bertulis Justo.

“Walaupun Justo menyatakan beliau hanya berniat untuk memperoleh sumber kewangan dan bukan melakukan tindakan selain daripada itu tetapi jelas terdapat usaha-usaha secara terperinci dilakukan oleh orang-orang yang disebutkan namanya.

The New Straits Times hari ini melaporkan bahawa anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berminat membeli data mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dicuri Justo pada tahun 2011.

Justo dilaporkan mahu bayaran tunai berjumlah US$2 juta bagi dokumen berkenaan mendakwa Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown bertindak sebagai brokernya dan bertanggungjawab membawa Nurul Izzah ke dalam urusan itu.

Namun, tawaran Nurul Izzah ditolak kerana mahu membayar dalam bentuk kontrak kerajaan sebaik pembangkang mengambil alih kuasa.

Justo, warga Switzerland, kini menjalani hukuman penjara tiga tahun di Bangkok atas kesalahan memeras ugut bekas majikannnya PetroSaudi International.

UTAMAEDITORIAL1MDBPengakuan Justo Tunjuk Usaha Terperinci Guling Kerajaan - Zahid

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium