Penganjur program sentuh anjing mohon maaf - pakdin.my

I Want To Touch A Dog

Penganjur acara sentuh anjing atau I Want To Touch A Dog, Syed Azmi Alhabshi hari ini secara rasmi memohon maaf kerana program itu mencetuskan kontroversi serta menyinggung perasaan banyak pihak.

Dalam sidang medianya, beliau menegaskan bahawa program itu dianjurkan tanpa niat bagi menggalakkan haiwan itu dijadikan peliharaan.

Menurut Syed Azmi, program itu bertujuan untuk mengatasi perasaan takut terhadap anjing, cara membantu anjing jika haiwan itu dalam kesulitan dan batasan bersama anjing menurut konteks Islam.

Beliau turut menjelaskan sudah diberikan surat yang menerangkan mengenai garis panduan pengendalian anjing menurut Islam oleh Jabatan Mufti Selangor.

“Program ini adalah proses pembelajaran untuk menghormati haiwan itu supaya tidak dipandang hina atau didera oleh masyarakat kita,” katanya.

Beliau berkata, segala pencerahan mengenai hukum hakam pengendalian anjing sudah diterangkan ketika program itu.

“Terus terang dengan hati ikhas, niat saya menganjurkan program itu adalah kerana Allah SWT dan bukan untuk memesongkan akidah, menukar hukum hakam agama atau mempersendakan ulama atau mengalakkan liberalisme,” jelasnya.

Beliau mengakui program itu mempunyai kelemahan justeru itu memohon maaf kerana secara tidak sengaja menyinggung perasaan dan menimbulkan banyak masalah kepada mana-mana pihak.

Program minggu lalu itu dikecam banyak pihak selepas tersebar gambar peserta-peserta Melayu yang memegang dan memeluk haiwan tersebut.

 

 

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAPenganjur program sentuh anjing mohon maaf

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium