Pengarah Penjara “Kantoikan” Mahathir, Mana Ada Arahan “Orang Atasan”

Top Dog Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad tidak dibenarkan melawat bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat atas kesalahan meliwat, Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi Cheras, semalam kerana beliau tidak membuat permohonan kepada Jabatan Penjara, kata Datuk Seri Zulkifli Omar.

Ketua pengarah Jabatan Penjara itu turut menyangkal tuduhan pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu kononnya arahan itu dikeluarkan menteri dalam negeri.

“Jabatan Penjara serta Penjara Sungai Buloh tidak pernah menerima permohonan daripada Dr Mahathir untuknya menemui Anwar, jika ada permohonan berkemungkinan kita akan pertimbangkan.

“Keputusan untuk membenarkan itu datang dari penjara, bukannya timbalan perdana menteri,” katanya pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Semalam, Dr Mahathir cuba menipu rakyat Malaysia selepas dimaklumkan Jabatan Penjara yang konon nya mereka diarah untuk tidak membenarkan beliau menemui Anwar oleh pihak atasan di KDN.

“Tidak ada sebab…mereka kata mereka dapat arahan daripada seseorang yang tinggi yang saya tak dibenarkan untuk berjumpa Anwar,” kata pengerusi PPBM itu di ruang legar hospital itu semalam.

Dr Mahathir berkata, beliau mahu melawat bekas timbalan beliau yang sudah dua kali dipenjara kerana meliwat, Anwar bagi mengucapkan terima kasih secara peribadi kepadanya kerana memudahkan rundingan calon perdana menteri PH.

Sandiwara Dr. Mahathir ini amat melucukan sehingga Timbalan Presiden PKR Azmin Ali juga telah “tweet” mengenai perkara ini. Semua orang nampaknya tidak percaya dengan Dr. Mahathir lagi.

48 Replies to “Pengarah Penjara “Kantoikan” Mahathir, Mana Ada Arahan “Orang Atasan”