Pengguna Tidak Digalak Guna Wifi Awam Untuk Urusan Perbankan - pakdin.my

wifi-percuma

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan pengguna internet agar tidak menggunakan kemudahan Wifi di tempat-tempat awam untuk melakukan sebarang urusan transaksi perbankan dalam talian.

Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Perancangan Jangkauan SKMM, Nurhalili Nadia Mustapha Kamal berkata pengguna tidak digalakkan menggunakan kemudahan Wifi percuma di tempat awam demi keselamatan kerana akaun bank pengguna boleh mudah digodam.

“Lebih selamat gunakan talian internet sendiri kerana kita ada kata laluan dan hanya kita sahaja yang gunakan kemudahan itu. Tidak digalakkan guna Wifi awam kerana penggodam dengan mudah menggodam akaun bank kita,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau juga berkata banyak pengguna laman sosial mempunyai tanggapan salah bahawa ia adalah hak milik perbadi masing-masing dan bebas memuat naik apa sahaja yang diingini.

Menurutnya tanggapan itu tidak tetap sama sekali kerana laman sosial bukan diari peribadi memandangkan setiap tulisan yang dimuat naik dapat dilihat oleh rakan laman sosial.

“Ramai jadikan internet sebagai medium untuk bersosial dan berkomunikasi hingga secara tidak sedar berkongsi segala maklumat peribadi yang tidak sepatutnya.

“Hinggakan ada yang kemas kini status Facebook setiap masa, setiap inci pergerakan anak-anak di Instagram,” katanya.

Beliau berkata mahu mendapatkan jumlah ‘like’ yang tinggi dan banyak ‘follower’ merupakan salah satu faktor mendorong pengguna laman sosial memuat naik segala maklumat serta aktiviti harian termasuk berkongsi lokasi di mereka mereka berada.

Tindakan itu dalam Facebook dan Instagram boleh mengundang pelbagai masalah termasuk menjadi mangsa jenayah siber oleh pihak yang mengambil kesempatan dan tidak bertanggungjawab.

“Bila berlaku kes manipulasi, mereka akan terus menghubungi SKMM dengan harapan kami akan padam segala apa yang ada di internet. Itu silap sama sekali kerana kami bukanlah suruhanjaya yang boleh padam apa sahaja yang telah dimuat naik,” katanya.

Nurhalili Nadi berkata banyak pengguna siber tidak tahu syarat dan terma laman sosial yang menyatakan bahawa hanya mereka yang berusia 13 tahun dan ke atas sahaja boleh membuka akaun dalam laman sosial.

“Jelas di sini, pengguna tidak faham atau mungkin tidak endah. Mereka tidak boleh memuat naik gambar bayi mereka. Terlalu banyak akaun Instagram yang dibuat untuk menunjukkan perkembangan anak masing-masing,” katanya.

Sementara itu, pemilik akaun Facebook, yang mahu dikenali sebagai Moeira Sokunbi, 33, berkata beliau sebelum ini gemar berkongsi lokasi apabila mengemas kini status atau memuat naik gambar di laman sosial miliknya.

Bagaimanapun, lama-kelamaan beliau menyedari tindakan tersebut bakal mengundang padah kerana maklumat sebegitu mengundang kepada perlakuan jenayah.

“Sebelum ini banyak aktiviti saya kongsi serta luahan di laman sosial, namun menyedari pelbagai jenayah kerap berlaku kebelakangan ini, saya hentikan perbuatan itu,” katanya.

Berlainan pula dengan Nordila Yasir, 32, yang tidak aktif mengemas kini atau memuat naik sebarang gambar tetapi lebih gemar bertemu dan beramah mesra secara bersemuka dengan rakan-rakannya.

“Bagi saya, jika ada hanya mahukan ‘like’ sahaja atau tambah kenalan di laman sosial, itu bukan suatu wadah yang mampu mengeratkan silaturahim. Lebih baik bersua muka,” kata penjawat awam itu.

UTAMAPengguna Tidak Digalak Guna Wifi Awam Untuk Urusan Perbankan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium