Pengikut dan Ketua “Tuhan Harun” didakwa membunuh - pakdin.my

Sumustapha (kanan) dan Harun (berkerusi rodfa) dikawal ketat anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan untuk didakwa pagi tadi
Sumustapha (kanan) dan Harun (berkerusi rodfa) dikawal ketat anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan untuk didakwa pagi tadi

Seorang pengikut ajaran sesat “Tuhan Harun”, bersama dua lagi yang masih bebas didakwa dengan niat bersama membunuh Ketua Penolong Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffi Abd Malek di Mahkamah Majistret Kuantan, Isnin.

Sumustapha Suradi, 39, yang dihadapkan ke mahkamah berkenaan pagi tadi dituduh membunuh Ahmad Raffli di Lorong IM2/29, Bandar Indera Mahkota pada 10 November lalu.

Dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 120B (1) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sementara itu,, ketua kumpulan ajaran sesat terbabit, Harun Mat Saat, 47, isterinya Azida Mohd Zol, 30, dan pemandu, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37, turut didakwa di mahkamah yang sama pada Isnin.

Harun, Azida dan Shaizral didakwa bersama-sama melakukan konspirasi jenayah iaitu bersetuju antara satu sama lain untuk membunuh Ahmad Raffi mengikut Seksyen 120B (1) yang dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Salim Soib @ Hamid, manakala semua tertuduh diwakili peguambela, Hermes Media Putra Ibrahim.

Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali kemudian membenarkan pemohonan Timbalan Pendakwa Raya untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi hari ini juga.

 

UTAMABERITAPengikut dan Ketua “Tuhan Harun” didakwa membunuh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium