PENGIKUT ‘TUHAN HARUN’ DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI

KUANTAN 27 – Dua pengikut kumpulan ajaran sesat ‘Tuhan Harun’ dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas kesalahan membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek pada 2013.

Hukuman berkenaan diputuskan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab. Karim Ab. Rahman selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh, Sumustapha Suradi, 41, dan Shamsinar Abdul Halim, 39.

Tertuduh lain iaitu ketua ajaran berkenaan, Harun Mat Saat, 50; isteri ketiganya, Azida Mohd. Zol, 33; pemandu mereka, Shaizral Eddie Nizam Shaari, 40, dan Jefferi Safar, 39, dilepas serta dibebaskan kerana pendakwaan gagal membuktikan mereka berkonspirasi melakukan perbuatan tersebut.

Harun meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini pada 16 Ogos lalu. –

20161227-pengikut-tuhan-harun-hukuman-mati

6 Replies to “PENGIKUT ‘TUHAN HARUN’ DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI

Leave a Reply