PENJELASAN KE ATAS BAYARAN KEPADA PERUNDING SEBANYAK RM7.2 BILLION BAGI TAHUN 2009 – 2013 - pakdin.my

audit-2012

1. Kementerian Kewangan ingin merujuk kepada laporan berkaitan jumlah pembayaran kepada syarikat-syarikat perundingan swasta sebanyak RM7.2 bilion dari tahun 2009 hingga Oktober 2013.

2. Kementerian Kewangan ingin menjelaskan bahawa daripada jumlah tersebut, sebanyak RM6.15 bilion adalah merupakan perbelanjaan di bawah Maksud Pembangunan bagi tahun 2009 hingga Oktober 2013. Perbelanjaan ini antara lainnya, bagi perkhidmatan perakaunan dan auditan, perkhidmatan perundangan, penilaian dan pengurusan harta, pengurusan, perkhidmatan pakar runding perniagaan, perkhidmatan komputer dan prosesan data, perkhidmatan jurutera, arkitek , juruukur dan kajibumi serta perkhidmatan penyelidikan pasaran dan ujian pasaran. Perkhidmatan-perkhidmatan yang diberi ini adalah bagi melaksanakan projek-projek Kerajaan seperti pembinaan rumah, jalan, jambatan, kolej, membaik pulih jalan, pembinaan sekolah dan hospital.

3. Malahan, mengambil kira perbelanjaan sebenar pembangunan bagi tempoh 2009-2012, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM195.655 bilion bagi melaksanakan projek-projek pembangunan dan infrastruktur yang telah dikenalpasti di seluruh Negara.  Manakala untuk 10 bulan pertama tahun 2013, perbelanjaan sebenar pembangunan adalah sebanyak RM30.077 bilion.

4. Sementara itu, sebanyak RM1.05 bilion daripada RM7.2 bilion tersebut adalah belanja perkhidmatan dibawah Maksud Mengurus bagi tahun 2009 hingga Oktober 2013, antaranya bagi perkhidmatan saintifik dan penyelidikan, perkhidmatan kajian ekonomi serta perkhidmatan professional lain seperti bayaran yuran audit, yuran guaman dan latihan perniagaan kepada usahawan.

5. Kesemua perbelanjaan tersebut adalah untuk menjayakan pelaksanaan projek Kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negara.

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

4 DISEMBER 2013

UTAMAPENJELASAN KE ATAS BAYARAN KEPADA PERUNDING SEBANYAK RM7.2 BILLION BAGI TAHUN 2009...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium