Penjelasan terbaru Ku Nan isu pengemis dan gelandangan - pakdin.my

Pengemis warga asing semakin ramai
Pengemis warga asing semakin ramai

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersedia untuk memperjelas dan memberi penerangan tentang tujuannya menangani pengemis dan isu gelandangan di ibu negara yang disalah anggap sesetengah pihak.

Katanya, beliau ambil maklum rungutan rakyat serta kawan-kawan berkaitan isu gelandangan yang dibangkitkan termasuk mengenakan denda terhadap pengemis dan mereka yang memberi wang kepada golongan terbabit.

Menerusi laman Facebooknya malam ini, Tengku Adnan menjelaskan, niatnya adalah untuk membetulkan keadaan tetapi jika ada yang membuat tanggapan atau persepsi berbeza berhubung cadangannya itu, beliau bersedia memperjelaskannya.

Beliau membuat kenyataan itu ekoran respons pelbagai pihak yang tidak setuju dengan saranan supaya pengemis dan mereka yang memberikan wang kepada golongan itu didenda.

Selain itu, ada pihak turut membantah supaya kumpulan yang membantu gelandangan ini termasuk menyediakan makanan beroperasi dua kilometer dari tempat sekarang di Bukit Bintang.

Menurut Tengku Adnan, beliau tidak menidakkan usaha-usaha murni mana-mana pihak yang membantu gelandangan dan fakir miskin di ibu kota.

“Saya juga telah terbaca kata-kata kesat yang telah dilemparkan kepada saya. Saya nak maklumkan bahawa niat saya tak sedemikian,” tulisnya di laman sosial berkenaan.

Beliau berharap masyarakat dan orang ramai faham masalah yang sedang dihadapi berpunca kegiatan pengemis dan gelandangan yang menjelaskan imej Kuala Lumpur.

Malah semakin ramai pengemis warga asing di negara ini bahkan ada pengemis yang dikatakan mampu tinggal di hotel tiga bintang hasil mengemis.

“Niat saya nak jadikan ibu kota bersih. Untuk itu, saya sedia mendengar dan buat pindaan terhadap apa-apa yang perlu. Kita tidak pernah menghalang sesiapa pun untuk menderma, cuma dermalah di tempat yang sebetulnya,” tegasnya.

wpid-gelandangan1.jpg wpid-gelandangan2.jpg wpid-gelandangan3.jpg wpid-gelandangan4.jpg wpid-gelandangan5.jpg wpid-gelandangan6.jpg

UTAMAPenjelasan terbaru Ku Nan isu pengemis dan gelandangan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium