Penulis blog ekonomi dedah Rafizi kantoi lagi isu kerajaan jual aset - pakdin.my

economics malaysia

Rafizi Ramli mungkin sangka beliau bijak dan boleh mengelirukan rakyat dengan cerita gempak pasal kerajaan menjual aset negara bagi mengurangkan defisit.

Rupa-rupanya perkara disebutkan ahli Parlimen PKR Pandan itu adalah berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan oleh World Bank (WB) pada 1 Disember 2013.

Sumber maklumat di dalam penerbitan MEM tersebut diperolehi daripada Laporan Ekonomi 2013/2014 dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013/2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Kedua-dua laporan tersebut telahpun dibentang di Parlimen pada 25 Oktober 2013.

Apabila Kementerian Kewangan menjelaskan perkara tersebut, Pengarah Strategi PKR itu mendakwa, kerajaan tidak menafikan apa yang didedahkannya itu sebaliknya hanya memberi alasan.

Rafizi tentu tidak mahu mengaku kalah atau salah.

Bagaimanapun, seorang ahli ekonomi yang menulis dalam blognya econsmalaysia.blogspot berpendapat dakwaan Rafizi bahawa tindakan kerajaan menjual aset-aset bagi memenuhi sasaran defisit dibuat atas asas yang goyah.

Dengan mengemukakan data-data Buletin Statistik Bulanan Bank Negara Malaysia terbitan Oktober lalu, penulis tersebut menjelaskan di Malaysia, penjualan aset tidak mampu mengurangkan bajet defisit kerana hasil jualan tersebut tidak dikira sebagai hasil perolehan negara.

Katanya, isu perakaunan ini gagal dijelaskan Rafizi.

Mengikut konteks Malaysia, penggunaan aset tidak akan mengurangkan defisit kerana ia tidak dikira dalam perolehan.

Namun, ianya boleh mengurangkan keperluan kerajaan untuk meminjam.

“Hasil daripada penjualan aset tersebut mampu mengurangkan terbitan sekuriti kerajaan dan bukannya menambah pendapatan,” katanya.

Ini sekaligus membawa maksud bahawa setakat suku ketiga 2013, tiada sebarang jualan aset bersih dilakukan kerana jumlah aset kerajaan menuncup RM66.6 bilion.

Penulis blog itu juga  menyangkal dakwaan Rafizi yang menyatakan tindakan kerajaan menerbitkan sekuriti terhadap pinjaman perumahan kakitangan kerajaan akan menjerumuskan Malaysia dalam krisis gadai janji seperti pernah dialami Amerika Syarikat.

Katanya, krisis gadai janji berlaku apabila struktur kewangan yang menggabungkan sekuriti yang mempunyai profil risiko berbeza dalam satu kumpulan ditambah dengan kegagalan insurans.

Banyak lagi yang diajar penulis itu untuk Rafizi memahami tujuan sebenar kerajaan berbuat demikian. Baca di http://econsmalaysia.blogspot.com

Kesimpulannya Rafizi kantoi lagi dalam menjual cerita tentang kerajaan menjual aset negara kerana ada fakta yang beliau tidak jelaskan.

UTAMAEKONOMIPenulis blog ekonomi dedah Rafizi kantoi lagi isu kerajaan jual aset

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium