Penumpang AirAsia Terkandas 4 Jam - pakdin.my

airasia-terkandas-kota-bharu

Kira-kira 160 penumpang pesawat AirAsia penerbangan AK6433 dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur terkandas lebih empat jam, pagi semalam.

Ia selepas kapal terbang berkenaan mengalami kerosakan teknikal sejurus mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.

Menurut sumber, pesawat berkenaan jenis Airbus mengalami kerosakan di bahagian tayar sejurus mendarat jam 8:45 pagi.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.

Menurut sumber, semua penumpang terkandas kemudiannya menaiki pesawat lain pada jam 1:25 tengah hari.

Sementara itu, jurucakap AirAsia memaklumkan pesawat terbabit telah dibaiki dan sudah berlepas ke Kuala Lumpur, kira-kira jam 8:00 malam tadi.

 

UTAMABERITAPenumpang AirAsia Terkandas 4 Jam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium