Penumpang mabuk ganggu krew MH179 punca air turn back - pakdin.my

mh179-air-turn-back

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan pesawat MH179 yang dalam penerbangan ke Colombo, Sri Lanka berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi berikutan “penumpang bermasalah”.

Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, berkata pesawat itu tidak mengalami masalah teknikal dan semua penumpang selamat.

“MAS maklumkan ia berpunca daripada ‘penumpang bermasalah’. Tiada masalah teknikal,” katanya kepada BH pada Ahad.

Walau bagaimanapun DCA tidak menyatakan jenis masalah dicetuskan penumpang berkenaan.

Laman web penjejak penerbangan “Flightradar24″ dalam mesej twitter pada 1.30 pagi tadi berkata pesawat terbabit berpatah balik ke KLIA selepas membuang bahan api selama dua jam di perairan Selat Melaka untuk mengurangkan berat pesawat, sebelum mendarat.

Pesawat terbabit yang berlepas dari KLIA jam 11.27 malam dijadualkan tiba di Colombo pada 12.18 tengah malam waktu tempatan.

Insiden patah balik itu tersebar dengan cepat dalam media sosial khususnya mengenai punca pesawat itu terpaksa berpatah balik selepas dua jam berlegar di Selat Melaka.

Sementara itu, MAS dalam kenyataannya memaklumkan penumpang terbabit menimbulkan masalah kepada krew sebaik pesawat berlepas.

Menurut kenyataan rasmi MAS, penumpang yang mabuk tersebut cuba mencetuskan suasana yang tidak tenteram terhadap anak-anak kapal MAS sejurus selepas penerbangan itu bermula.

“Penumpang lain juga terpaksa membantu krew untuk menangani penumpang bermasalah itu kerana badannya yang besar. MAS berkata kapten pesawat membuat keputusan berpatah balik bagi memastikan keselamatan semua penumpang.

“Sebaik tiba di KLIA, penumpang bermasalah itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa,” kata MAS menjelaskan pesawat MH179D berlepas ke Colombo pada 10.06 pagi tadi.

UTAMAPenumpang mabuk ganggu krew MH179 punca air turn back

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium