Penurunan Nilai Ringgit Bukan Isu Besar Kepada Perdagangan Malaysia - pakdin.my

Malaysia-New-Series-Banknotes-1

Penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS bukanlah merupakan satu masalah besar kepada perdagangan negara ini pada ketika ini, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata ia tidak banyak memberi kesan kepada perdagangan dan pelaburan setakat ini dan kementerian belum menerima sebarang isu serius daripada pengimport mahu pun pengeksport.

“Sebaliknya, itu (penurunan nilai ringgit) membawa manfaat kepada pengeksport tetapi pada masa yang sama kita ada mengimport banyak benda.

“Jadi, ia boleh dikatakan neutral kerana ia memberi faedah kepada kita dari segi penurunan kecil nilai mata wang (yang mengimbangi) peningkatan kos input,” kata Mustapa kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Aviatron (M) Sdn Bhd di sini hari ini.

Beliau berkata hingga kini, Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia belum menimbulkan sebarang isu berkaitan dengan penyusutan nilai ringgit.

Mustapa berkata kebanyakan perbincangan berkisar sekitar keberdayasaingan dalam konteks upah dan kos menjalankan perniagaan, bukan berkaitan dengan nilai mata wang.

Ringgit kini berlegar pada paras melebihi 3.30 berbanding dolar AS.

Ia diniagakan lebih rendah berbanding kebanyakan mata wang dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dan pada satu ketika, ia diniagakan pada paras terendah dalam tempoh 24 tahun berbanding dolar Singapura.

Perangkaan terbaru Malaysia menunjukkan bahawa lebihan akaun semasa meningkat kepada RM16.2 bilion bagi suku keempat 2013, daripada RM9.8 bilion bagi tempoh tiga bulan sebelumnya.

UTAMAEKONOMIPenurunan Nilai Ringgit Bukan Isu Besar Kepada Perdagangan Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium