Penutupan sementara jualan NGV di 67 stesen PETRONAS - pakdin.my

KUALA LUMPUR: PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) mengumumkan penutupan sementara jualan gas asli (NGV) di 67 stesennya. Ia merangkumi stesen PETRONAS yang terletak di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor.

Dalam satu kenyataan hari ini, penutupan itu dibuat berikutan pihaknya sedang menjalankan proses penambahbaikan prosedur keselamatan di stesen PETRONAS yang mempunyai kemudahan NGV.

Bagaimanapun, perkhidmatan bagi produk bahan api lain dan Kedai Mesra di stesen berkenaan beroperasi seperti biasa.

Pihaknya juga akan memaklumkan kepada umum pembukaan semula stesen berkenaan kelak.

Bagi memastikan keselamatan diutamakan, PDB sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan bagi memastikan standard keselamatan tinggi di premisnya.

Senarai lengkap stesen PETRONAS dengan kemudahan NGV yang beroperasi dan yang ditutup sementara boleh didapati menerusi www.mymesra.com.my.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian Mesralink di 1-300-88-8181.

Letupan NGV Stesen Petronas Austin Perdana, Johor Bahru
Letupan NGV Stesen Petronas Austin Perdana, Johor Bahru
UTAMAPenutupan sementara jualan NGV di 67 stesen PETRONAS

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium