Penyanyi 60-an, Hasnah Haron, Meninggal Dunia - pakdin.my

Penyanyi terkenal era enam puluhan dengan irama Pop Yeh Yeh, Hasnah Haron kembali ke Rahmatullah jam 8 pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hosiptal Sultan Ismail, Pandan, Johor Bahru.

Allahyarham Hasnah dikesan menghidap kanser servik sejak awal tahun ini.

Dia dimasukkan ke wad hosiptal berkenaan sejak seminggu lalu.

Ia berikutan penyakitnya mula merebak dan menjangkiti buah pinggang.

Jenazah Allahyarham di bawa ke kediamannya di Bandar Baru Uda, Johor Bahru untuk urusan pengkebumian.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Alif, Tampoi petang ini.

Allahyarham meninggalkan enam anak.

Ketika era kegemilangannya, Allahyarham Hasnah sering membuat persembahan dengan diiringi kumpulan Les Kafilas.

UTAMABERITAPenyanyi 60-an, Hasnah Haron, Meninggal Dunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium