Penyelesaian Pragmatik Perlu Untuk Selesaikan Konflik Di Timur Tengah – Malaysia - pakdin.my

wpid-13588332893990.jpgMalaysia percaya penyelesaian pragmatik berdasarkan prinsip dan norma antarabangsa diperlukan bagi menyelesaikan kebuntuan masalah konflik di Timur Tengah.

Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Datuk HusseinHaniff berkata semua kuasa berpengaruh wajar mempaparkan kepimpinan politik yangkukuh bagi saling mempertimbangkan usaha memperkasakan keperluan rakyat dannegara di rantau itu.

“Tidak dinafikan bahawa Majlis Keselamatan perlu memainkan peranan yang dihasratkan dengan memenuhi mandat untuk penguatkuasakan resolusi majlis. Iniadalah dalam usaha mencapai penyelesaian mampan kepada soal Palestin, sekali gusmengembalikan kredibilitinya,” katanya.

Hussein berkata demikian dalam ucapannya pada Debat Mengenai Situasi di Timur Tengah termasuk soal Palestin pada sesi Majlis Keselamatan PBB di New York Khamis.

Teks ucapannya dihantar kepada Bernama di sini Khamis.

Beliau berkata Malaysia juga amat bimbang dengan situasi kemanusiaan yang mana anggaran empat juta pelarian mencari perlindungan dan keperluan asas laindi Jordan, Iraq, Lubnan, Turki dan Mesir.

‘Kami menggesa komuniti antarabangsa untuk menghulurkan bantuan dalam menyokong Pelan Tindakan Bantuan Kemanusiaan Syria PBB bagi meringankan penderitaan penduduk akibat keganasan,” katanya.

Hussein juga berkata situasi di Wilayah Palestin Yang Diduduki memerlukan perhatian penuh dan segera bagi memulihkan semula rundingan damai.

“Malaysia meminta ahli Kuartet menunjukkan kepimpinan politik dan memperhebatkan usaha dalam memujuk Israel untuk kembali ke meja rundingan.

“Rundingan damai perlu disambung semula sebelum sebarang harapan penyelesaian dua negara hilang sepenuhnya. Kita mesti datang bersama-sama bagi memastikan bahawa Israel tidak dibenarkan memusnahkan sebarang harapan untuk mencapai keamanan,” katanya.

UTAMABERITAPenyelesaian Pragmatik Perlu Untuk Selesaikan Konflik Di Timur Tengah - Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium