Penyokong Anwar Adakan Candlelight vigil Di Luar Penjara Sungai Buloh - pakdin.my

anwar-candlelight-vigil

SUNGAI BULOH: Sekumpulan penyokong mengadakan Candlelight vigil di luar Penjara Sungai Buloh pada malam Rabu bagi menunjukkan bantahan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mensabitkan kesalahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu beliau.

Hampir 150 penyokong berhimpun dengan memegang lilin yang dinyalakan di Jalan Harapan, di luar kompleks penjara.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, Pakatan Rakyat akan meneruskan tanda bantahan dengan mengadakan himpunan Candlelight vigil pada setiap malam bagi menuntut pembebasan Anwar.

candlelight-vigil-anwar-ibrahim.300px

Mahkamah Persekutuan pada Selasa menolak rayuan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengubah penghakiman Mahkamah Tinggi, dan mensabitkan serta menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008.

UTAMABERITAPenyokong Anwar Adakan Candlelight vigil Di Luar Penjara Sungai Buloh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium