Penyokong Azmin Gelar Faekah ‘Minah Tak Laku’ - pakdin.my

faekah-muka-tak-laku

Tindakan bekas setiausaha politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang dilihat cuba mengaitkan kaum keluarga Timbalan Presiden PKR telah mengundang kemarahan para penyokong Azmin Ali yang jelas tidak berpuas hati dengan tindakan itu.

Faekah yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) dipetik melalui laman twitternya pada 6 Februari lalu, dilihat seakan ingin menyindir Azmin apabila berpantun mengenai ‘mereka’ yang sedang bersedih.

“Tersandung batu melatah Che Tom, Anak Pak Ali menumpang sedu, Meracau merapu hati meruntun, Kemana hendak dibawa mengadu” katanya.

Walaupun kenyataan tersebut tidak menyebut nama Azmin secara terus, namun umum mengetahui ‘Che Tom’ dan ‘Pak Ali’ adalah merupakan nama panggilan kepada ibu dan bapa Azmin.

Tambahan pula, pernah beberapa kali dia dilihat ‘menyerang’ Azmin sebagai tindak-balas terhadap kritikan yang dilemparkan kepada Khalid. Malah Azmin juga pernah melabelkan Faekah sebagai ‘anak dara tua’ sebagai respon terhadap beberapa kenyataannya yang agak pedas sebelum ini.

Paling menarik apabila tindakan Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim yang dilihat lebih menyebelahi Khalid dalam banyak isu sehingga menyebabkan Azmin seperti ‘merajuk’.

Berbalik kepada isu pantun tadi, para penyokong Azmin jelas marah dengan tindakan Faekah itu yang dilihat agak keterlaluan apabila mengaitkan nama ibu dan bapa Azmin.

Malah ada menyifatkan Faekah sebagai ‘wanita beracun’ dan tidak kurang juga yang membalas pantun tersebut dengan mengatakannya sebagai anak dara tak laku.

“Anak Pak Husin minah tak laku, naik Mercedes dua pintu, alang nak sindir jangankan satu, tulis lah pantun biar beribu” ujar Haziq Abdul Aziz.

Kesimpulannya di saat Anwar sedang berusaha untuk mengukuhkan kuasanya sebagai Menteri Besar yang baru, namun perebutan kuasa dan konflik dalaman yang sedang melanda PKR dilihat semakin hebat. Persoalannya mampukah ia diselesaikan dengan kehadiran Anwar atau ada di kalangan mereka yang akan ‘mati’ kerana ‘ditikam’ rakan sendiri.

Sama-samalah kita saksikan.

UTAMAPILIHAN RAYAPenyokong Azmin Gelar Faekah ‘Minah Tak Laku’

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium