Perdana Menteri pegang jawatan lain, Jangan jadi MUNAFIK

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad melantik dirinya memegang jawatan lain selain Perdana Menteri mendapat kritikan kerana ia bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).

Antaranya Pemuda GERAKAN Tan Keng Liang di Twitter yang mengingatkan Dr Mahathir mengenai janji PH ketika berkempen pada PRU Ke 14 baru-baru ini .

“Hai Tun M. Saya fikir janji Pakatan Harapan adalah PM tidak akan memegang peranan di kementerian lain. Ini termasuk kementerian pelajaran.

“Saya hanya mahu memastikan Tun M tidak membuat kesilapan. Mungkin terlepas pandang. Masih boleh berpatah balik sekarang sebelum angkat sumpah sebagai menteri pelajaran pada Isnin,” tulis Keng Liang di Twitter.

Mahathir hari ini mengumumkan beliau akan memegang portfolio menteri pelajaran dalam Kabinet baru beliau.

Manakala timbalannya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula akan diberikan portfolio menteri hal wanita dan kebajikan masyarakat.

Mahathir memutuskan untuk mengambil portfolio pendidikan kerana berpendapat masih “ramai individu tidak berpendidikan di negara ini” dan memerlukan perhatian.

Mahathir aalah bekas menteri pendidikan antara tahun 1974 dan 1977, percaya kaedah pengajaran semasa sudah ketinggalan zaman.

Sekiranya Mahathir mengangkat sumpah sebagai menteri pelajaran pada Isnin depan, ia akan menjadi pelanggaran janji HARAPAN yang pertama.

Sementara itu, ahli jawatankuasa pusat MCA, Ng Chok Sian, turut menggesa kerajaan PH untuk menunaikan janji-janjinya.

Beliau berkata Dr Mahathir mesti menarik balik keputusannya untuk juga memegang portfolio menteri pelajaran.

“Saya juga mendesak kerajaan HARAPAN untuk mendedahkan barisan kabinet penuhnya agar mereka dapat melaksanakan reformasi yang dijanjikan para pengundi.

“Kamu tidak boleh melambatkan perkara ini … kerana ia akan memberi kesan bahawa agenda reformasi hanya akan datang daripada perdana menteri dan lima individu dalam majlis penasihat.

“Ini bertentangan dengan sistem tanggungjawab bersama kabinet,” kata Chok Sian dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub berkata mereka akan membawa perkara itu kepada Mahathir.

“Jika dalam manifesto menyebut seperti itu, kami akan ingatkan Mahathir mengenai perkara ini,” kata Ahli Parlimen Pulai berkenaan.

Setakat ini lima jawatan kabinet telah diisi oleh Mahathir, manakala lapan lagi akan diisi kemudian.

Mahathir berkata lapan portfolio yang tinggal akan diisi oleh dua wakil dari BERSATU, DAP, PKR, dan PAN.

http://pakdin.my/tag/mahathir

24
Leave a Reply

Please Login to comment
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Norliah Dalib
Guest

Allah hu akhbar

Amerrudin Md Yossoff
Guest

Mungkar JANJI …….munafik tak

Stevenraj Steven
Guest

Biasalaa U -TUN

Mahathir Mohd
Guest

PM tetap Jadi PM,xda perubahan yg di buat oleh manifesto PH.Jangan gila kuasa lagi,harap BN jadi pembangkang kuat kalau tidak BN akan lesap selama lamanya,tapi… Read more »

Millio Vsh Oillim
Guest

Sape pcy mmg bangang hahahaha

Encik Harumis
Guest

72 beg camna kira plak?

Aziz Rahman Abdul
Guest

Minyak rm1.50, tol free, mansuh gst, gaji rm1500.. Shopping rm50 trolli penuh. Camna kira pulak? Haha

Ali Hasan Dorahim
Guest

Hrp Tun bertegas tutup terus Sekolah perkauman n venakular! Mantapkan SRA, Tahfiz

Jimin Angle Bts
Guest

Okay lagi menteri pendidikan nk bagi “BASUH” anak 2 muda yg x berpendidikan sekarang..daripada yg si polan tu dia perdana menteri dia jugak menteri kewangan..lastnya… Read more »

Puan Ida
Guest

min ko xtgk ke brg rampasan dr umh najib tu mmg gilaa laa umh dia da mcm bank simpan duit

Yaser Arafat
Guest

Mohd Saffuan betul kata rafizi.. Aku mikir sat.. Macam pengarah filem.. Boleh tuko watak jadi tu.. Boleh tuko watak jadi ni.. Hehehehee