Perkembangan Terkini PRK Kuala Besut - pakdin.my

BERIKUT adalah perkembangan terkini Pilihan Raya Kecil Kuala Besut pada Rabu:

Penyokong kedua-dua parti hadir memberikan sokongan.

 

8:50 pagi: Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said membuat tinjauan di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu.

 

Kehadirannya di sambut laungan takbir oleh penyokong PAS.

Tengku Zaihan menunjukkan jarinya selepas selesai mengundi.

 

8:20 pagi: Tengku Zaihan dilihat keluar daripada pusat mengundi selepas menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi.

 

8:05 pagi: Che Long menjadi pengundi kedua di saluran dua pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu.

 

8:00 pagi: Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman tiba di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut ditemani isteri.

Che Long menunjukkan jarinya yang dicelup dengan dakwat kekal selepas selesai mengundi.

 

8:00 pagi: Semua lapan pusat mengundi di DUN Kuala Besut dibuka.

 

7.30 pagi: Penyokong calon PAS, Endut @ Azlan Yusof mula hadir di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu.

Polis mula kelihatan di pusat mengundi.

 

6:30 pagi: Anggota keselamatan mula mengawasi kawasan pusat mengundi.

UTAMAPILIHAN RAYAPerkembangan Terkini PRK Kuala Besut

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium