Perkhidmatan Celcom terjejas sejak tengah malam tadi - pakdin.my

celcomKUALA LUMPUR 10 April – Semua jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh Celcom melibatkan hampir 13 juta pelanggan syarikat telekomunikasi (Telco) itu ‘lumpuh’ sama sekali bermula pukul 12 tengah malam tadi dipercayai berpunca daripada masalah teknikal.

Gangguan yang difahamkan hanya akan pulih sepenuhnya pukul 6 pagi ini, membabitkan semua panggilan keluar menggunakan telefon mudah alih termasuk ke luar negara, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan perkhidmatan Internet.

Ia juga menjejaskan perkhidmatan jalur lebar (broadband) kepada kira-kira satu juta pelanggan yang mengakses Internet daripada komputer peribadi, komputer riba atau telefon pintar.

Bagaimanapun, panggilan masuk dan SMS ke telefon mudah alih Celcom tidak terjejas.

Sehingga pukul 2.30 pagi ini pihak teknikal Celcom masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar masalah itu.

Pihak pusat khidmat pelanggan Celcom yang dihubungi  memberitahu masalah itu dijangka pulih sepenuhnya pukul 6 pagi ini.

Menurut pegawai pusat berkenaan, sejak pukul 12 tengah malam tadi pihaknya menerima aduan daripada para pelanggan yang mengadu mereka gagal menggunakan perkhidmatan talian telefon mudah alih dan Internet.

Katanya, pihaknya dimaklumkan oleh pihak teknikal, gangguan itu berpunca daripada kerja-kerja menaik taraf sistem rangkaian.

“Kami memohon maaf kepada para pelanggan,” katanya

UTAMAPerkhidmatan Celcom terjejas sejak tengah malam tadi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium