Perlantikan Tommy Thomas “Kekalahan Pertama Umat Islam Akibat Sindrom Membisu” - pakdin.my

#MalaysiaMemilih #MalaysiaBaru

Keputusan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong untuk memperkenankan perlantikan Tommy Thomas amat menyedihkan saya hari ini. Apatah lagi ianya dibuat sebelum Majlis Raja-Raja sempat untuk bermesyuarat bagi membincangkan mengenaj perlantikan Peguam Negara ini hari ini.

Pasti akan ada suara-suara sumbang yang bakal mengeluarkan kenyataan-kenyataan biadap mengecam keputusan Baginda. Persoalannya, dimana kita apabila Baginda dikecam oleh nitezen? Dimana kita ketika beliau dimaki hamun oleh manusia-manusia tidak bertamadun yang melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Baginda? Dimana kita ketika Baginda menanti reaksi rakyat?

Kita cuma hilang kuasa, belum lagi ditarik penglihatan oleh Allah, belum lagi ditarik peti suara kita, belum lagi dilumpuhkan anggota kita, apatah lagi dicabut nyawa kita. Tetapi kenapa secara tiba-tiba Umat Islam negara ini membisu dalam isu yang begitu penting? Seolah-olah kita baru dihujani bom nuklear milik Korea Utara. Tidak ada satu perhimpunanpun mampu kita laksanakan untuk menunjukkan bahawa majoriti umat Islam negara ini menolak sebarang usaha untuk melantik bukan Islam sebagai Peguam Negara. Apabila kenyataan Umat Islam dan gerakan Islam tenggelam dalam lautan cacian dan makian terhadap YDP Agong dan Raja-raja Melayu, apakah keputusan yang boleh kita harapkan?

Sudah tiba masanya untuk semua umat islam, NGO-NGO Islam, anak-anak muda beragama Islam dan semua rakyat Malaysia yang cintakan agama, bangsa dan tanahair untuk bangkit mempertahankan hak kita. Kita sudah tiada masa. Kesan perlantikan Tommy Thomas bukan sekadar petanda musibah yang bakal ditimpa Dato Sri Najib, bukan sekadar petanda Lim Guan Eng bakal digugurkan pertuduhan rasuah. Malah selepas ini, YDP Agong dan Raja-Raja boleh pada bila-bila masa dibicarakan dibawah  mahkamah Khas jika Peguam Negara tidak lagi memikirkan soal marwah Raja-raja Melayu.


Lihat video: https://youtu.be/0OsRJtke7w8

Ayuh bangkitlah bangsaku, Bangkitlah anak-anak Malaysia,
Selamatkan Negara ini,
Pertahankan Hak Umat Islam.
Jika buka kita, siapa lagi?

https://pakdin.my/kenyataan-ds-najib-bahawa-kita-akan-bangsat-jika-umno-kalah-benar-benar-berlaku/
https://pakdin.my/tag/tommy-thomas
https://pakdin.my/10-sebab-kenapa-tommy-thomas-tidak-sesuai-dilantik-sebagai-peguam-negara-pegawai-eksekutif-iksim/

#MalaysiaMemilih

UTAMAPOLITIKPerlantikan Tommy Thomas “Kekalahan Pertama Umat Islam Akibat Sindrom Membisu”

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium