Perolehan FGV Meningkat Kepada RM8.55 Bilion & Keuntungan Sebelum Cukai RM87 Juta Bagi Separuh Pertama 2017

Felda Global Ventures Holdings (FGV) mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM87 juta untuk suku kedua tahun kewangan berakhir berakhir 30 Jun lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, prestasi itu lebih baik berbanding kerugian sebanyak RM31 juta pada tahun sebelumnya.

Pada tempoh separuh pertama tahun ini, perolehan FGV naik sebanyak lapan peratus daripada RM7.9 bilion kepada RM8.55 bilion.

Manakala keuntungan sebelum cukai meningkat sebanyak 33 peratus kepada RM56 juta berbanding tempoh sama tahun lalu, disokong oleh pendapatan tinggi daripada sektor perladangan dan logistik dan lain-lain.

Keuntungan sektor perladangan mencatatkan peningkatan memberangsangkan kepada RM148 juta untuk separuh pertama tahun ini berbanding kerugian RM9.69 juta pada tahun lalu yang dipacu oleh margin minyak sawit mentah (MSM) yang tinggi, di mana pengeluaran MSM meningkat 12 peratus dan kos pengeluaran MSM menurun tiga peratus.

Bagaimanapun prestasi positif ini terjejas dengan kerugian sektor gula disebabkan harga gula mentah yang tinggi sebanyak RM47.62 juta serta peruntukan kerugian litigasi berjumlah RM32.84 juta.

Leave a Reply