Pertimbang pengurangan fi cukai jalan kereta jenazah – Aziz - pakdin.my

Kementerian Pengangkutan akan mempertimbangkan permohonan bagi pengurangan atau pengecualian fi cukai jalan bagi kenderaan jenazah yang dimiliki masjid atau badan keagamaan lain yang tidak bermotifkan keuntungan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, pengurangan atau pengecualian itu tertakluk kepada syarat yang ditetapkan melalui peruntukan Kaedah 16(1)(c) Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran dan Pelesenan) 1959.

Beliau berkata, kenderaan jenazah didaftarkan di bawah kategori Kenderaan Barangan-Mayat dengan kod kegunaan ‘BM’ dalam sistem MySikap di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tertakluk kepada fi Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan).

“Dalam hubungan ini, kementerian akan memberi pengurangan atau pengecualian setelah menerima permohonan daripada pihak yang terbabit,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) mengenai status kenderaan jenazah yang cukai jalan dan insurans yang ditetapkan membebankan pihak pengurusan masjid.

Bagaimanapun Abdul Aziz berkata, Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai kuasa untuk memberi pengurangan atau pengecualian bayaran insurans kerana perkara itu ditetapkan oleh Bank Negara.

“Mengikut Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan 1987, kesemua kenderaan kecuali kenderaan milik kerajaan diwajibkan untuk memiliki perlindungan insurans,” katanya.

UTAMAPertimbang pengurangan fi cukai jalan kereta jenazah - Aziz

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium