Pesawat AirAsia Thailand langgar burung - pakdin.my

airasia-thailand-langgar-burung

BANGKOK – Sebuah pesawat AirAsia Thailand hari ini melanggar seekor burung ketika dalam penerbangan dari Bangkok ke Nakhon Si Thammarat.

Bagaimana pun, pesawat Airbus A320-200 yang membawa 151 orang penumpang itu selamat mendarat di destinasinya dan pesawat itu hanya mengalami sedikit calar serta lubang kecil di bahagian sayap.

Jurutera bertugas kemudian membaiki lubang berkenaan sebelum pesawat itu pulang ke Bangkok, tiga jam selepas perjalanan ditangguhkan.

Dalam pada itu, pihak syarikat penerbangan Nok Air mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan, pesawat AirAsia Thailand tersebut tidak berlanggar dengan mana-mana pesawat Nok Air hari ini, menerusi laman web, Twitter.

UTAMAPesawat AirAsia Thailand langgar burung

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium