Pihak dakwa bekalan elektrik terputus diminta buat laporan - pakdin.my

black-out-bohong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta mereka yang mendakwa berlaku kejadian bekalan elektrik terputus semasa pengiraan undi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) supaya membuat laporan bagi memudahkan pasukan itu menjalankan siasatan.

Ini berikutan sehingga kini, belum ada laporan berhubung kejadian berkenaan dibuat di seluruh negara seperti didakwa.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Korporat) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, individu yang sebelum ini menimbulkan isu tersebut khususnya dalam laman sosial diminta tampil membuat laporan dan bukannya mensensasikan dakwaan itu.

“Isu ini sewajarnya tidak lagi ditimbulkan kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) sudah memberi penjelasan tiada gangguan bekalan elektrik semasa proses pengiraan undi baru-baru ini.

“Sehingga kini, polis belum menerima sebarang laporan sabotaj berkaitan isu ini di seluruh negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Onlinehari ini.

Tambah Ramli, polis meminta individu yang mendakwa kejadian itu benar-benar berlaku agar tampil membuat laporan serta mengemukakan saksi bagi membantu siasatan.

++++++++++++++++

Tiada blackout seperti yang didakwa pembangkang – TNB

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjelaskan tiada sebarang gangguan bekalan elektrik berlaku semasa proses pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum (PRU-13) Ahad lalu.

TNB Careline menerusi laman Facebook berkata, pihaknya telah mengeluarkan satu kenyataan pada 6 Mei meminta semua pihak menghentikan dakwaan sedemikian yang tersebar di laman-laman sosial.

“Berdasarkan maklum balas pasukan tunggu sedia TNB, kami mendapati semua pusat pengiraan undi tidak mengalami sebarang gangguan bekalan elektrik semasa proses pengiraan undi berlangsung.

“Orang ramai juga boleh mengakses Facebook Tnbcareline untuk maklumat lanjut berkaitan isu tersebut. Kami memohon kerjasama semua pihak agar menghentikan dakwaan tersebut,” menurut kenyataan itu.

 

UTAMAPILIHAN RAYAPihak dakwa bekalan elektrik terputus diminta buat laporan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium