Pihak Yang Tentang Penyenaraian FGVH Lebih Bermotif Politik - pakdin.my

SEREMBAN — Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad berkata pihak yang menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia lebih bermotifkan politik daripada kepentingan ekonomi serta masa depan Felda dan peneroka tanah rancangan itu.

Beliau berkata mereka ini hanya pandai mengkritik dan menentang setiap usaha baik yang dilakukan kerajaan dan tidak melihat dari aspek positifnya.

“Sepatutnya mereka bagi cadangan yang lebih baik dari segi ekonomi untuk kebaikan Felda dan peneroka, tapi kini mereka hanya menentang semata-mata untuk kepentingan politik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Sembilan (DPMMNS) kali ke-38 di sini, Khamis.

Turut hadir Yang Dipertua DPMMNS Datuk Ahmad Yusof.

Mohd Isa berkata langkah penyenaraian FGVH itu adalah untuk membolehkan Felda dapat bersaing di peringkat global sebagai suatu syarikat yang mampu menguruskan ladang dengan lebih mapan dan akhirnya membantu meningkatkan taraf sosioekonomi peneroka.

UTAMABERITAPihak Yang Tentang Penyenaraian FGVH Lebih Bermotif Politik

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium