PKNS nafi gugur Azmin Ali: Khalid kantoi lagi? - pakdin.my

Khalid_Ibrahim Terlelap Ketika Sidang Media
Dalam sehari Khalid beri jawapan berbeza isu Azmin dan Pusat Giat MARA

Siapa sebenarnya pecat Azmin Ali ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selang0r (PKNS)?

Pengurus Besar PKNS Datuk Othman Omar atau Tan Sri Khalid Ibrahim?

Jika kenyataan Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek ini dijadikan bukti, Khalid kantoi lagi kerana dalam sidang media pada Rabu, beliau menuduh Othman mengeluarkan arahan mengugurkan Azmin, Timbalan Presiden PKR yang juga Adun Bukit Antarabangsa itu.

Khalid juga kantoi dalam isu arahan pindah Pusat Giat Mara Selayang apabila memberitahu pusat berkenaan kena tingkatkan prasana sedangkan notis jelas mengarahkan pindah tanpa ganti rugi dan pampasan.

Menurut Norita, bahawa kuasa melantik ahli Perbadanan adalah ditangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) atau Exco dan bukan di tangan Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS.

“PKNS ingin mengesahkan bahawa kami telah mengutus surat bertarikh 8 Januari 2014 kepada YB Mohamed Azmin Ali bagi memaklumkan bahawa tempoh jawatan beliau ditamatkan selaras dengan keputusan MMKN Selangor pada 13 November 2013 dan disahkan oleh MMKN pada 4 Disember 2013.

“PKNS juga ingin memaklumkan bahawa kuasa melantik ahli Perbadanan adalah ditangan MMKN dan bukan di tangan Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Apa yang sebenarnya berlaku? Kerajaan Selangor tidak seharusnya bermain drama dalam hal ini kerana PKNS satu badan yang ditubuhkan untuk menjaga kepentingan kaum majoriti di Selangor iaitu orang Melayu.

Khalid kena buktikan Azmin digugurkan daripada PKNS memang arahan Pengurus Besar jika tidak Khalid kena terima kenyataan beliau berbohong dalam isu ini.

UTAMAPOLITIKPKNS nafi gugur Azmin Ali: Khalid kantoi lagi?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium