PKR: Kerajaan PAS Terengganu tak berhak tuntut royalti minyak - pakdin.my

Rakyat Terengganu tetap akan menerima manfaat hasil nilai setara dengan royalti minyak dan gas daripada kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (PH), namun ia tidak akan diberi secara langsung kepada pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PAS ketika ini.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata kerajaan Terengganu tidak perlu mempolemikkan isu royalti minyak sehingga mengelirukan rakyat kerana Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan memikirkan kaedah sesuai agar manfaatnya diterima secara langsung oleh rakyat negeri itu.

Azan yang juga timbalan pengerusi PH Terengganu berkata, kerajaan negeri tidak berhak menuntut royalti kerana ada halangan jelas dari sudut perundangan apabila kerajaan Terengganu sebelum ini di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) secara sukarela menarik balik tuntutan saman terhadap kerajaan persekutuan suatu ketika dahulu.

“Oleh kerana pentabiran yang berbeza di antara kerajaan pusat dan negeri ketika ini, isu tuntutan hak pembayaran royalti kini hanya tertumpu kepada proses rundingan politik antara kerajaan PAS Terengganu dengan kerajaan pusat,” katanya hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim menyuarakan harapannya supaya kerajaan pusat tidak mengulangi kesilapan BN, seterusnya menghormati Perjanjian Pembangunan Petroleum 1975 dengan mengembalikan bayaran royalti kepada Terengganu.

Kenyataan itu dibidas Pengerusi PH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah yang mahu kerajaan negeri menggunakan pendekatan lebih beradab sekiranya mahu mewujudkan kerjasama dengan kerajaan pusat, khasnya berkaitan royalti minyak.

UTAMAPOLITIKPKR: Kerajaan PAS Terengganu tak berhak tuntut royalti minyak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium