PM Arah Bilik Gerakan PDM BN Mesti Dibuka Paling Lewat 1 Feb @NajibRazak - pakdin.my

PRU13Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional(BN) di seluruh negara mesti dibuka selewat-lewatnya 1 Februari ini.

Arahan itu dikeluarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap pengerusi BN sebagai persiapan menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

“Ini bermakna semua bahagian seluruh negara mempunyai masa lebih kurang dua minggu bagi mempersiapkan PDM masing-masing sama ada urusan menyewa atau mengenal pasti bangunan atau lokasi PDM di bahagian masing-masing,”

Setiap PDM perlu dilengkapi bendera Umno dan BN serta maklumat pengundi selain dipenuhi dengan aktiviti harian.

“Saya dah tulis surat pada semua bahagian agar dijalankan aktiviti seperti yang telah ditetapkan iaitu Setiap Hari Ada Program Di PDM (SHADPDM) mengikut kaedah yang telah mula dijalankan di beberapa bilik gerakan mulai tahun lepas,”

UTAMAPILIHAN RAYAPM Arah Bilik Gerakan PDM BN Mesti Dibuka Paling Lewat 1 Feb...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium