PM Bertemu CEO Facebook, Lawat Pejabat Google @NajibRazak - pakdin.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di pejabat Google di Mountain View di sini. Ia merupakan hari terakhir beliau di San Francisco sebelum terbang ke New York untuk menghadiri sesi ke-68 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di pejabat Google di Mountain View di sini. Ia merupakan hari terakhir beliau di San Francisco sebelum terbang ke New York untuk menghadiri sesi ke-68 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

SAN FRANCISCO: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkesempatan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg dan melawat pejabat Google di Silicon Valley.

Najib dalam lawatan kerja selama tiga hari melawat Silion Valley, dan menghabiskan separuh hari untuk setiap lawatan di ibu pejabat media sosial gergasi di Menlo Park dan ibu pejabat enjin carian gergasi di Mountain View pada Selasa.

“Pengalaman ini amat menarik, pembuka mata yang bukan sahaja pada produk tetapi juga gaya hidup, terutama budaya inovasi.

“Bagaimana kita mempromosikan budaya inovasi? Ia bukan mengenai kelengkapan, ia bukan mengenai peraturan dan insentif tetapi cara kehidupan dan budaya inovasi di mana ia begitu penting kerana menguatkan inovasi itu untuk benar-benar berjaya,” katanya kepada wartawan Malaysia yang turut mengikuti lawatan itu.

Perdana Menteri berkata, semasa lawatannya ke Facebook, syarikat itu menyatakan kesudian mereka untuk bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia dalam usaha untuk memperkasakan lagi pembabitan rakyat untuk mempelajari apa yang mereka mahukan.

Tawaran oleh Facebook itu turut membolehkan Kerajaan memaklumkan kepada rakyat mengenai dasar-dasar baru.

Malaysia merupakan antara pengguna Facebook paling ramai di dunia, yang mencatatkan kedudukan ke-18, dengan 12.7 juta pengguna.

Lawatan selama tiga jam Najib ke Google memperlihatkan beliau mencuba produk inovatif terbaru termasuk Google Glass dan kereta tanpa pemandu Google.

Dua lawatan pada Selasa itu merupakan sebahagian daripada siri perbincangan dan domostrasi untuk lawatan Perdana Menteri ke Silion Valley yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC).

Perdana Menteri akan terbang ke New York pada Isnin untuk menghadiri sesi ke-68 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

UTAMAPM Bertemu CEO Facebook, Lawat Pejabat Google @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium