PM Ingatkan Rakyat Tidak Buruk Imej Negara - pakdin.my

bloomberg-Malaysia Gets a Dose of Real Talk

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat agar tidak memburuk-burukan imej negara terutama di peringkat antarabangsa kerana tindakan itu hanya akan menjejaskan keyakinan negara luar terhadap Malaysia.

Beliau berkata sebaliknya persepsi yang baik terhadap negara akan memberi manfaat kepada negara dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi dan teknologi.

“Saya baharu balik daripada melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi dan dalam lawatan itu Malaysia diberi penghormatan tertinggi oleh Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

“Mengikut jadual, baginda sendiri yang mahu menyambut kedatangan saya di Lapangan Terbang Jeddah. Tetapi apakan daya kakak baginda meninggal dunia menyebabkan baginda terpaksa ke Riyadh dan menggantikan Putera Mahkota, menteri-menteri kanan dan barisan penghormatan yang diberikan oleh tentera Arab Saudi di lapangan terbang,” katanya.

Perdana menteri berkata demikian pada majlis pengagihan buah kurma, air zam zam dan baju Melayu kepada masjid dan surau di dalam kawasan Parlimen Pekan di Masjid Jamek Batu 8, Jalan Gambang di sini pada Sabtu malam.

Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Menurut Najib, pengiktirafan yang diberikan oleh raja yang menjadi penjaga kepada dua masjid penting umat Islam iaitu Masjid Nabawi dan Masjidil Haram menunjukkan baginda mempunyai pandangan tinggi terhadap kerajaan Malaysia.

“Inilah bukti imej kita tinggi dan perkara inilah yang mesti kita pelihara dan tingkatkan,” katanya.

Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan turut menunaikan solat Isyak dan diikuti solat tarawih bersama-sama penduduk di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis.

Terdahulu dalam majlis berbuka puasa di Masjid LKNP di sini, beliau menyeru umat Islam di Malaysia untuk sentiasa bersyukur dengan keamanan dankeselamatan yang dinikmati di negara ini.

Perdana menteri berkata tidak semua umat Islam bertuah menikmati ‘rezek’ itu yang menyebabkan ada segelintir umat Islam di negara lain terpaksa melarikan diri ke tempat lain bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

“Kita lihat etnik Rohingya yang sanggup bergadai nyawa, menjual harta mereka untuk keluar negara dan mereka ini memilih untuk datang ke Malaysia.

“Apabila sampai di Malaysia, mereka cium tanah Malaysia ini, seolah-olah tanah ini syurga kepada mereka,” katanya.

Najib juga berkata Malaysia juga menjanjikan rezeki kepada mereka yang rajin berikhtiar dan berusaha dalam kehidupan mereka.

“Contohnya hari ini, saya berkesempatan ke bazar ramadan di Pekan. Di sini antara yang popular ialah martabak. Saya bertanyakan kepada penjual martabak, berapa keping yang beliau jual pada hari pertama puasa.

“Beliau jawab 400 keping. Bayangkan jika 400 keping itu berjaya dijual untuk tempoh lima hari. (Ini contoh rezeki mudah di Malaysia),” katanya.

UTAMAPOLITIKPM Ingatkan Rakyat Tidak Buruk Imej Negara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium