PM Mula Tugas Penggal Kedua - pakdin.my

 

pm-mula-tugas-penggal-2Selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Isnin lalu dan mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional semalam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak siang tadi memulakan tugas di pejabat Jabatan Perdana Menteri,Putrajaya, selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau yang dilantik untuk penggal kedua sebagai Perdana Menteri keenam,memasuki bangunan Perdana Putra kira-kira pukul 10 pagi.

Datuk Seri Mohd Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah,dalam satu istiadat di Istana Negara,Isnin lalu.

Pada PRU ke-13 Ahad lalu, Barisan Nasional kekal menerajui pemerintahan negara apabila memperolehi 133 daripada 222 kerusi Parlimen.

UTAMAPILIHAN RAYAPM Mula Tugas Penggal Kedua

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium