PM SANGKAL DAKWAAN JUAL NEGARA

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar pihak yang menyebarkan cerita untuk menakut-nakutkan rakyat negara ini kononnya Malaysia sedang dijual melalui pelbagai perjanjian perniagaan bernilai le­bih RM140 bilion yang ditandata­ngani dengan China semasa lawatan seminggu beliau ke negara itu.

Beliau berkata, dakwaan demikian adalah tidak benar sama sekali.

“Nampaknya ada sesetengah pihak yang kelihatan tidak me­nyambut baik pelaburan ke dalam ekonomi Malaysia ini dan nampaknya tidak mahukan hasilnya yang membawa pekerjaan, kemahiran dan penambahbaikan terhadap kehidupan rakyat.

“Ada yang menyebarkan cerita untuk menakut-nakutkan ko­nonnya Malaysia sedang dijual. Ini tidak masuk akal dan adalah palsu sama sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Najib berkata, lawatan rasmi beliau ke China, yang merupakan gergasi ekonomi, membuka laluan kepada termeterainya 14 memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian antara perniagaan dengan perniagaan bernilai RM143.64 bilion, di samping 16 MoU dan perjanjian antara kerajaan dengan kerajaan.

Menurut beliau, ia merupakan suatu undi kepercayaan yang besar terhadap ekonomi satu sama lain serta hubungan muhibah dan kepercayaan yang telah dibina antara China dan Malaysia.

Najib menegaskan, bahawa projek infrastruktur yang terkandung dalam perjanjian ber­kenaan akan terus menjadi milik Malaysia dan dikendalikan rakyat Malaysia sendiri.

“Bagaimanapun, demi manfaat bersama, kita membinanya secara kerjasama dengan rakan kita dari China, sama seperti firma Malaysia mengadakan usaha sama dalam melaksanakan projek termaju di seluruh China,” kata Perdana Menteri.

Najib berkata, perjanjian ber­kenaan akan menyemarakkan lagi ekonomi Malaysia serta membantu seluruh rakyat negara ini untuk mendapatkan peluang lebih baik serta menikmati kehidupan lebih makmur.

“Ini kerana semua perjanjian ini sebenarnya adalah untuk seluruh rakyat kita. Ia sama seperti beribu-ribu penternak burung layang-layang dan setengah juta pekebun kecil sawit kerana ia diusahakan untuk syarikat terkenal,” kata Najib.

Beliau menegaskan, bahawa perjanjian berkenaan akan me­ngukuhkan lagi hubungan ekonomi Malaysia-China dan memberi manfaat ketara kepada rakyat untuk beberapa dekad akan datang.

Perjanjian yang ditandatangani itu akan memberi manfaat besar dan berkekalan kepada Malaysia, kata beliau, dan mengambil contoh projek Landasan Kereta Api Pantai Timur, yang akan membawa transformasi sepenuhnya kepada pantai timur Semenanjung Malaysia.

Najib berkata, semua perjanjian yang ditandatangani itu akan memastikan hasil pembangunan negara dikongsi secara sama rata, de­ngan kereta api berkenaan bertindak sebagai landasan bagi koridor baharu pertumbuhan bagi Malaysia.

Beliau juga menyentuh tentang Saluran Paip Gas Trans Sabah yang akan memberi jaminan tenaga dan merancakkan lagi pembangunan ekonomi di negeri itu demi kebaikan rakyatnya.

Pembaharuan perjanjian kerjasama pertahanan kita, disertai perjanjian pertahanan besar-besaran pertama antara kedua-dua negara, dengan pembinaan empat kapal misi pesisir, akan meningkatkan lagi hubungan keselamatan antara kedua-dua negara.

20161105-fitnah-jual-negara

69 Replies to “PM SANGKAL DAKWAAN JUAL NEGARA

Leave a Reply